Beri peluang kepada Tun Hanif ketuai panel Oleh: Asrul Muniff Azizan Tarikh: May 10, 2012

KALI terakhir saya berjumpa dengan Tun Hanif Omar adalahpada 13 Mac 2012. Kami berjumpa secara kebetulan iaitu di KLIA. Selepas selesai urusan daftar masuk dan bagasi maka saya ingin menikmati coklat panas terlebih dahulu sebelum mengharungi tempoh penerbangan yang panjang. Maka saya memulakan langkah ke Secret Recipe berhampiran dengan pintu perlepasan antarabangsa. Darijauh saya nampak beliau duduk berseorangan sambil menikmati minuman. Sebagai orang yang lebih muda, maka saya menyapa beliau dahulu dan duduk disebelah meja beliau.

Beliau sedang menunggu untuk masuk ke balai berlepas. Jam pada ketika itu adalah 9.25 malam. Beliau agak terkejut kerana saya mengenali beliau dan lantas saya bertanya ke mana destinasi beliau. Beliau dijemput untuk memberikan syarahan di sebuah universiti terkemuka di United Kingdom.Saya juga ditanyakan soalan yang sama. Destinasi saya ialah Berlin dan transit di Amsterdam. Saya ke berlin atas urusan perniagaan. Beliau menyatakan sewaktu zaman beliau muda dahulu tak banyak orang muda yang berniaga. Zaman sekarang muda–muda lagi dah jadi jutawan. Saya balas balik pada beliau bahawa bukan mudah untuk orang yang kulit sawo matang macam kita ni untuk dijemput memberi syarahan di universiti tersebut. Kedua-duanya tersenyum.

Kemudian kami mula berborak kosong. Macam-macam topik yang kami sembangkan. Saya sudah tentu menggunakan kesempatan ini untuk bertanyakan soalan-soalan yang berkisar tentang pengalaman beliau ketika menjadi Ketua Polis Negara dahulu. Banyak juga informasi yang saya dapat. Kami bertukar–tukar pendapat, ada pendapat beliau yang saya setuju dan sebaliknya.Banyak juga pendapat saya yang beliau tidak setuju. Secara keseluruhannya banyak cerita baru yang saya dapat. Saya juga faham bagaimana tugas polis secara lebih menyeluruh. Hampir sejam juga kami berborak kosong sehingga saya terpaksa meminta diri kerana penerbangan saya bertolak pada pukul 11.45 malam manakala penerbangan beliau bertolak pada jam 12.05 tengah malam.

Kesimpulanya, seperti yang kita sedia maklum, Tun Hanif Omar telah dilantik sebagai Pengerusi Panel Penasihat Bebas bagi mendapatkan gambaran sebenar berkenaan dengan perhimpunan Bersih 3.0. Sebagai seorang yang berpengalaman selama hampir 20 tahun sebagai Ketua Polis Negara, saya yakin beliau akan dapat mengemudikan panel tersebut dengan berkesan dan efektif.

Pengalaman beliau sewaktu mengetuai pasukan polis menjaga negara di zaman komunis sudah tentu dapat dimanfaatkan. Panel ini juga mungkin boleh mencadangkan kepada kerajaan bagaimana untuk menangani ‘ideologikomunis moden’ yang meresap di dalam perhimpunan Bersih 3.0 yang lalu.

Akhir sekali, saya dan Tun berkongsi tabiat yang sama sebagai mantan pegawai kerajaan (walaupun saya hanya berkhidmat selama 20 bulan sahaja sebagai pegawai kerajaan). Kami memang suka sampai di lapangan terbangawal dan tidak suka terburu–buru untuk menaiki kapal terbang.

Asrul Muniff Azizan, Presiden Pertubuhan Anak Muda Melayu Malaysia

Yang saya hormati Tuan/Puan,

Untuk makluman pihak Tuan/Puan,

Irshad Manji; ikon ‘Islam’ liberal & lesbian pejuang hak homoseksualiti (LGBT) akan bertemu peminat beliau di Borders Bookstore Petaling Jaya pada 12 hb Mei ini.

https://www.irshadmanji.com/Borders-Bookstore-Gardens-Mall

Kami berharap pihak Tuan dapat menghalang program seperti ini kerana ia jelas membawa ideologi yg boleh memudharatkan orang awam. Ideologi ini dibawa beliau atas nama agama. Buku yang akan dipromosi beliau adalah pandangan songsang tentang Islam dan hak kebebasan. Buat pengetahuan Tuan, buku Irshad Manji sebelum ini pernah ditegah utk sebaran di Malaysia.

Irshad Manji berpendapat agama Islam menerima homoseksualiti dan meraikan perbezaan orientasi seks yg pelbagai. Ini merupakan tema projek liberal beliau yg dibawa ke setiap negara. Kehadiran Irshad Manji sedang dirancang oleh golongan LGBT (gay dan lesbian) di merata rata laman sosial untuk diraikan.

Irshad Manji diangkat sebagai tokoh agama beridentiti lesbian: http://www.huffingtonpo st.com/2011/10/20/lgbt-religious-leaders-most-inspiring_n_1022043.html#s399318& title=Irshad_Manji

Irshad Manji menentang amalan agama di sekolah & pengasingan lelaki-wanita waktu solat berjemaah: http://www.xtra.ca/public/National/Irshad_Manji_on_ gaystraight_all iances-10838.aspx

Kata Irshad Manji, “A speech that I gave several years ago about why I believe God and gays are compatible. In this speech, I take an ecumenical perspective, not just an Islamic one.” : https://www.irshadmanji.com/support

Irshad Manji & tafsir Quran reformis beliau: https://www.irshadmanji.com/reformist-quran

Beberapa hari lepas berlaku rusuhan dan protes di Indonesia berikutan kehadiran beliau untuk tujuan yg sama. Program beliau dibatalkan serta merta termasuklah yg dirancang utk diadakan di universiti: http://www.youtube.com/watch? v=iQAlWOWf UoA http://www.youtube.com/watch?v=W6z6CfNt VZk&feature=relmfu http://www.youtube.com/watch?v=6y9mwaaO gZE&feature=relmfu http://www.tempo.co/read/news/2012/05/08/214402313/Polisi-Dua-Hotel-Menolak-Irshad-Manji https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1 0150787346274578&set=a.1497538 94577.111183.7903274577&type= 1&theater https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1 0150821025664578&set=a.1497538 94577.111183.7903274577&type= 1&theater

Sebelum itu, di Belgium Irshad Manji turut dikecam:

http://www.youtube.com/watch? v=NJS6IypE VR8&feature=related https://www.irshadmanji.com/Muslim-extremists-order-Irshads-execution

Irshad Manji dan gagasan lesbian Islam beliau:

http://www.xtra.ca/public/National/Taking_notice_of_Irshad_Manji-10595.aspx http://insistnet.com/index. php?option =com_content&view=article&id= 134%3Airshad-manji-idola-kaum-liberal&catid=1%3Aadian-husaini

Irshad Manji pembela Salman Ruhdie yang menghina Rasulullah SAW. Beliau juga mengaku lesbian secara terbuka dan menggalakkan Muslim untuk ada keberanian beridentiti homoseksual (beliau akan memperkata tentang Moral Courage di Malaysia).

Kami berharap pihak Tuan/Puan dapat mengambil tindakan tegas menghalang anasir subversif sosial serta ideologi berbahaya ini daripada merebak di Malaysia. kehadiran beliau bukanlah untuk sesi debat atau wacana kritis. Beliau sekadar hadir untuk menyampaikan amanat ‘Islam’ reformis songsang. Membenarkan kehadiran beliau untuk bertemu peminat pada 12 hb Mei ini sudah tentu amat bercanggah dengan nilai agama dan budaya yang menjadi asas kenegaraan.

Sekian. Terima kasih. http://www.huffingtonpost.com/2011/10/20/lgbt-religious-leaders-most-inspiring_n_ 102204 3.html#s39931

Oleh Dr Rahman Kadir

1. Isu Israel dan Yahudi kembali lagi.

2. Tuan Guru Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekarang tiba-tiba berkata bahawa, “boleh bekerjasama dan berniaga dengan Yahudi”.

3. Ini suatu perkembangan yang amat menghairankan dan memualkan dengan sikap Parti Islam Semalaysia (PAS) yang kononnya memperjuangkan Islam dan anti Yahudi satu ketika dahulu.

4. PAS pada zaman sebelum turunnya ‘wahyu’ terkini dari Hadi Awang ini akan mengecam barang sedikit sekalipun apa jenis hubungan dengan Yahudi, hatta kalau ada orang Yahudi yang kentut sekalipun di negara kita mereka akan menjerit isytihar perang, tetapi hairannya kini menghalalkan hubungan dengan Yahudi.

5. Saya masih ingat sekitar tahun 2000 yang mana buah pisang kaki dari Israel yang dibawa masuk ke dalam negara dari Singapura telah dipaparkan di dalam Harakah sebagai bukti hubungan dagang antara Malaysia dan Israel. Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional telah dibantai dengan begitu hebat sekali. Malah Tun Dr Mahathir telah dilabel sebagai agen zionis.

6. Saya tidak pasti sama ada pendirian terbaru Presiden PAS berkenaan dengan Yahudi ini disebabkan Datuk Seri Abdul Hadi ingin mempertahankan Anwar ataupun hendak mengenakan Anwar.

7. Di hati kecil saya, saya merasakan Abdul Hadi tidak seperti Anwar.

8. Anwar diketahui adalah seekor sesumpah politik (Malaysia’s Chameleon) seperti yang diterbitkan oleh majalah terkemuka The Economist bertarikh 30 Julai 2009, yang akan mengubah warna kulit dan percakapannya berdasarkan kepada persekitaran yang didudukinya.

9. Pendek kata, apabila berhadapan dengan golongan liberal, Anwar menjadi liberal. Bila berhadapan dengan golongan pluralisme agama, dia menjadi pelopor pluralisme agama. Bila berhadapan dengan golongan Islamist, Anwar akan bersalin kulit menjadi seorang Islamist dengan menjaja nama-nama beberapa tokoh Islam dan dengan membaca sepatah dua ayat Quran dan istilah-istilah Arab bagi memikat hati umat Islam. Bila berhadapan dengan pelobi Yahudi dan Amerika, dia menjadi seorang yang prodemokrasi tulen sehingga boleh menerima amalan-amalan songsang seperti homoseksual dan kebebasan untuk murtad seperti Lina Joy.

10. Itu memang Anwar. Sikap talam pelbagai mukanya itu bukanlah sesuatu yang menghairankan. Kecenderungan nalurinya yang dua alam itu sememangnya diketahui umum.

11. Jadi, tidak menjadi perkara yang menghairankan apabila Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan kepada Wall Street Journal, “I support all efforts to protect the security of the state of Israel…”

12. Itulah Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim diketahui mempunyai hubungan rapat dengan tokoh-tokoh zionis dunia seperti Paul Wolfowitz (seorang arkitek perang Amerika berketurunan Yahudi Zionis yang menghancurkan dua buah negara Islam Iraq dan Afghanistan), William Cohen dan Al Gore, malah merupakan rakyat Malaysia pertama yang mengiktiraf negara haram Israel apabila menandatangani Annapolis Summit sesudah dia keluar dari penjara akibat sabit kesalahan liwat.

13. Dari satu segi, seolah-olah Abdul Hadi hendak memberi isyarat kepada Anwar bahawa cukup-cukuplah kamu berurusan dengan Zionis.

14. Dan dari satu segi, Hadi Awang seperti memukul Anwar yang setiap kali apabila dibangkitkan masalah moralnya, sifat pro-Amerika dan pro-Israelnya, akan menuding jari terhadap Kerajaan dengan diluahkan ejek-ejekan seperti UMNO-APCO dan “kapal Israel” yang berlabuh di Klang (bendera Israel dan Liberia pun tak kenal ke?).

15. Malah ahli-ahli parlimen Pakatan telah menukar suasana parlimen menjadi zoo dengan ejekan-ejekan dan bunyi-bunyian yang sudah pasti membuatkan beruk-beruk dan hidupan liar lain merasa keliru dan mungkin tertanya-tanya apakah spesies haiwan baru ini.

16. Sekali lagi UMNO dibantai sebagai agen Yahudi kerana menggunakan khidmat syarikat APCO yang ada kaitan dengan orang Yahudi. Mahfuz Omar, Khalid Samad, Dr. Dzulkifli Ahmad dan beberapa pemimpin PAS lain paling kehadapan dalam menjaja isu APCO ini dan Kerajaan Datuk Seri Najib dituduh dengan pelbagai tohmahan termasuk 1Malaysia=1Israel.

17. Tetapi, yang malangnya adalah pendokong-pendokong PAS yang bersusah payah menunjukkan iltizam mereka bersama jamaah dan umat Palestin berdemo dan memboikot apa sahaja kaitan dengan Yahudi. Ironinya,mereka rancak menggunakan facebook, sebuah syarikat milik seorang remaja Yahudi, menggunakan Microsoft, Blackberry, Iphone, Motorola, Siemens dan sebagainya yang semuanya memiliki pemilik saham Yahudi serta ada yang memiliki regional branch di Israel.

18. Setiapkali ada sahaja pembunuhan, pencerobohan dan juga penghinaan terhadap rumah ibadat kita di tanah suci Baitul Muqaddis, maka tidak lenganglah Jalan Tun Abdul Razak berhadapan dengan Kedutaan Amerika menjadi tumpuan khalayak pendemo PAS.

19. KFC dan McDonalds serta kaum kerabatnya menjadi mangsa boikot kononnya konglomerat ini menyumbangkan dana kepada Israel, sehinggakan suatu masa dahulu, di Universiti Malaya, cadangan untuk mempunyai francais McDonalds terpaksa dibatalkan atas sebab yang sama. Kegagalan membuka Restoran Mc Donald di UM ini dijadikan satu testimonial kejayaan PAS Kampus iaitu Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) sebagai bukti perjuangan mereka yang anti Yahudi. Setelah Hadi Awang bertitah beberapa hari lepas, perjuangan mereka ini bukanlah anti Yahudi tetapi adalah anti-Ekonomi.

20. Boleh dikatakan sebelum ini, belum habis saya menyebut ‘Joo’ (yang mempunyai sebutan hampir sama dengan Jew iaitu Yahudi) pun mungkin ada rakan facebook saya akan mem’ban’kan atau mem’bar’kan saya, padahal saya menyebut nama Juliana ataupun Junaidah.

21. Begitulah bencinya pendokong PAS suatu ketika dahulu terhadap Israel dan Yahudi.

22. Ada sahabat saya yang sampai tidak ampunkan kerajaan, kerana dia antara orang yang ditugaskan menjaga remaja Israel bermain kriket yang tentunya berbangsa Yahudi, walaupun belum tentu merekanya berfahaman Zionis.

23. Kami Mahasiswa UM dikerah oleh PMIUM untuk melakukan demonstrasi besar-besaran menentang kehadiran pasukan kriket Israel ini. Kami bersabung nyawa dan darah berdepan dengan belantan FRU kerana anti Yahudi. Semua ini dilakukan kerana Hadi Awang belum mengeluarkan fatwa terbarunya beberapa hari lepas.

24. Bukan setakat itu sahaja, tinggal satu hotel dengan PM Israel pun sudah menjadi dosa tidak terampun, bersalam pun salah, tulis surat pun seolah-olah melayakkan orang-orang tertentu untuk diseksa dengan malaikat yang sama dengan malaikat yang menyeksa Firaun, Abu Lahab dan Abu Jahal.

25. Alasan mereka kini, Nabi dahulu pun berurus niaga dengan Yahudi Madinah. Seolah-olah, riwayat ini baru sampai kepada mereka tidak sampai beberapa jam yang lepas. Seolah-olah juga sebelum kes Anwar menyokong Israel ini, Nabi tidak pernah berurusan dengan Yahudi. Tinggi sungguh ilmu ulamak seperti ini.

26. Samalah seperti setelah 30 tahun berdegar-degar mengatakan tentang Negara Islam, apabila rakan DAP mereka berdehem, Hadi Awang baru tersedar, rupa-rupanya tidak ada Negara Islam di dalam Al Quran.

27. Sekali lagi, kes Memali berulang lagi. “Mati Syahid” Ibrahim Libya menjadi sia-sia. Pengorbanan penyokong PAS disimbah air asid. Terjun dalam parit, dan disoal siasat polis, dibakulsampahkan oleh pemimpin PAS.

28. Tetapi, seperti biasa, alasan pimpinan PAS, ialah ini adalah strategi. Antum bukan ahli syura, tidak tahu hikmah keputusan syura dan akan dibebelkan keputusan terdahulu pimpinan PAS dan keajaibannya. Padahal kesilapan nyata seperti bersetuju dengan pencalonan Ibrahim Ali di Pasir Mas, menyokong Tuan Haji Zaid Ibrahim (penentang Hudud) sebagai calon pilihanraya parlimen Hulu Selangor dan pelbagai lagi keputusan “bijak” pimpinan parti yang kononnya berteraskan ugama ini disorok di bawah karpet.

29. Jadilah parti ini seperti ‘Maharaja dengan baju baru’. Pengampu dan pembodek terus berkata, baju Tuan Guru yang paling cantik, tetapi sebenarnya rakyat tahu mereka hanya bertelanjang, memperbodohkan diri dan menjual maruah agama dan negara.

30. Anwar tidak perlu risau, kerana segala maksiat dan salah laku Anwar akan diampunkan dan difatwakan halal oleh PAS selagi mana PAS meletakkan kerakusan kuasa melebihi agama.

*Penulis adalah bekas aktivis PMIUM yang pernah menyokong PAS sejak dari tahun 1996.

Posted with WordPress for BlackBerry.

(Melalui Saufy Jauhary di Facebook. Sumber : Ulama Muda UMNO (ILMU) )

Berkata Abu Dzar radiallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam telah bertanya kepada dia tentang hal tenggelamnya matahari:

“Tahukah kamu ke mana perginya (matahari di malam hari) ?” Saya (Abu Dzar) menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui.” Lalu Rasulullah bersabda:

“Sesungguhnya ia pergi sehingga sujud di bawah Arasy. Ia meminta izin maka diizinkannya. Lalu ia segera untuk bersujud lagi tetapi tidak diterima darinya, lalu ia meminta izin lagi namun ia tidak diperkenankan. Dikatakan kepada ia: Kembalilah dari mana kamu datang. Maka ia muncul (terbit) dari tempat ia tenggelam (terbenam).

Inilah yang dimaksudkan oleh Allah Ta‘ala dalam firman-Nya: Dan matahari, ia beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.” [Yasin 36:38][H R Al Bukhari, Muslim dan lain-lain]

Dalam Al Qur’an tiada satu ayatpun yang menunjukkan bahawa bumi bergerak dan berputar. Sebaliknya Al Qur’an menjelaskan tentang mataharilah yang mengelilingi bumi dalam 7 tempat:

1.”Dan menundukkan matahari dan bulan. Masing2 beredar hingga masa ditentukan.” (surah ar-ra’d)

2.”Dan ia yang menundukkan (pula) bagimu matahari dan bulan yang terus menerus beredar (dalam orbitnya).” (Surah Ibrahim)

3.”Dan ia menundukkan malam dan siang, matahari dan bulan untukmu.” (Surah An Nahl)

4.”Ia tundukkan matahari dan bulan masing masing berjalan sampai kepada masa yang ditentukan.”(Surah LuqmaN)

5.”Dan menundukkan matahari dan bulan, masing-masing berjalan menurut masa yanag ditentukan” (Surah Faatir)

6.”Dan menundukkan matahari dan bulan, masing-masing berjalan menurut masa yanag ditentukan” (Surah Az Zumar)

7.”Dan (diciptakan-Nya pula) matahari, bulan dan bintang2(masing2) tunduk kepada perintahnya.” (Surah Al An’am)

Malah beberapa orang pengkaji Barat sendiri cuba untuk membongkar penipuan yang telah dibuat oleh Galileo Galilei yang mencetuskan idea Matahari pusat alam, salah seorangnya ialah Marshall Hall.

Di antara hujah beliau:

1. Tiada bukti langsung yang mengatakan bahawa bumi mengelilingi matahari.

2. Setiap perkiraan yang dibuat oleh saintis dan astronomi untuk mengira pergerakan satelit, gerhana dan lain-lain yang berkaitan dengan angkasa adalah dikira dengan menganggap bumi tidak bergerak. Hanya dengan menganggap bumi tidak bergerak, barulah perkiraan tersebut boleh dilakukan.

3. Tiada ekperimen yang berjaya menunjukkan bahawa bumi bergerak mengelilingi matahari. Apatah lagi untuk membuktikan bahawa bumi bergerak 32 kali ganda lebih laju daripada peluru senapang rifel, 66600 mph.

4. Banyak eksperimen telah membuktikan bahawa bumi tidak bergerak.

5. Sejarawan telah membuktikan bahawa Copernicus, Kepler, Galileo, Newton, Einstein dan Sagan adalah dalang kepada penipuan ini. Melerka adalah kaum iluminati.

6. Berdasarkan logik akal, pendapat yang mengatakan matahari mengelilingi bumi adalah lebih kuat.

7. Teleskop yang digunakan NASA yang dilengkapi komputer telah diprogramkan untuk menghantar kembali “synthesized images”.

8. Ayat Bible yang mengatakan bumi tidak bergerak. (Bagi umat Islam, ayat Al-Quran juga banyak menunjukkan bahawa mataharilah sebenarnya yang bergerak)

Dalil Bahawa Bumi Tidak Bergerak

1. “Dan telah kami jadikan di bumi itu gunung-gunung yang kokoh supaya bumi (itu) tidak goncang bersama mereka … “(Al-Anbiya: 31)

2. Dari Anas bin Malik dari Rasulullah bersabda: “Tatkala Allah menciptakan bumi maka bumi itu bergerak, lalu Allah menciptakan gunung-gunung dan menancapkannya di atas bumi maka
bumi itu pun tenang. ” (Riwayat Ahmad)

3. “Dan matahari berjalan di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa serta Maha Mengetahui. Dan telah Kami tetapkan bagi bulan manzilah-manzilah, sehingga setelah dia sampai ke manzilah yang terakhir, kembalilah dia sebagai bentuk tandan yang tua. Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan, dan malam pun tidak dapat mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada garis edarnya. ” (Yasin: 38-40)

4. “… maka Nabi itu pun berperang, dan dia mendekat pada desa yang dituju saat Shalat Ashar, maka dia berkata kepada matahari: “Engkau adalah makhluk yang diperintah dan saya pun diperintah, Ya Allah, tahanlah matahari itu untukku sebentar.” Maka matahari itu pun ditahan sampai Allah memberikan kemenangan baginya. ” (Riwayat Bukhari)

Perkataan para ulama:

a. Imam Qurthubi saat menafsirkan firman Allah: “Dan Dialah Tuhan yang membentangkan bumi dan menjadikan gunung-gunung dan sungai-sungai ” (Ar-Ra’ad:3): “Yang diyakini oleh kaum muslimin dan ahli kitab adalah bahwa bumi itu berhenti dan tetap tenang, dan biasanya gerakannya itu hanya terjadi kalau ada gempa.”

b. Ibnu Hazm berkata: “Terdapat sebuah dalil yang paten dan bisa langsung disaksikan dengan pancaindera bahwa matahari mengelilingi bumi dari timur ke barat kemudian dari barat ke timur.”

Renungan:

“Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, Matahari dan Bulan. Masing-masing beredar pada garis edar (orbit)-nya”. (21: 33)

Bulan dikatakan memiliki orbit (falaq) begitu juga matahari.

Jika bulan mengelilingi bumi kerana berada dalam orbitnya, maka matahari mengelilingi siapa untuk tetap dalam orbitnya?

Teori Sains Barat mengatakan bahawa matahi tidak berputar mengelilingi orbit tetapi berputar pada paksinya sahaja.

Bagi sesiapa yang pernah mengikuti Kajian Iluminati terutamanya bab Teori Konspirasi Fals Flag, akan mendapati terlalu banyak penipuan yang dilakukan oleh kaum iluminati.

Terbaru adalah 9/11.

Dahulunya adalah teori evolusi yang dimasukkan dalam pelajaran para pelajar sains biologi sehingga hari ini.

PERSAINGAN ANTARA USA DAN RUSIA

Ketika USA mencipta bom nuklear maka Rusia juga memilikinya.
Ketika USA mencipta kapal selam maka Rusia juga memilikinya
Ketika USA mencipta jet pejuang maka Rusia juga memilikinya
Ketika USA menghantar para angkasawan maka Rusia juga memilikinya

NAMUN KETIKA NEAL AMSTRONG NAIK KE BULAN MENGAPA RUSIA TIDAK MENGHANTAR ROKET KE SANA JUGA?

DAN KENAPA MISI KE BULAN HANYA TERJADI 1 KALI SAHAJA WALHAL TEKNOLOGI SEMAKIN CANGGIH PADA HARI INI?

DAN TERNYATA GAMBAR NEAL AMSTRONG ITU DIAMBIL DI GURUN NEVADA!

Dalil tentang matahari berputar pada orbit : ada
Dalil tentang bumi berputar pada orbit : tiada

Justeru bagaimana kita membuat kesimpulan bahawa Bumi Berputar Pada Matahari walhal dalil al qur’an dan hadits tidak pernah ada.

Dan bagi sesiapa yang mendalami ilmu sains, maka pasti mereka akan mengetahui bahawa sebuah “fakta” tidak mungkin menjadi “fakta” pada masa akan datang.

Betapa banyak “fakta” sains yang didapati tersalah apabila pengetahuan semakin bertambah.

Malah barangsiapa yang mempelajari falsafah sains akan mendapati terdapat banyak cabang falsafah antaranya adalah formatif, intustis, emperikal.

Seperti Teori cahaya bergerak lurus telah dibuktikan salah oleh Enstain. Teori Dentuman Besar sedang dibahas oleh Akedemi Sains Islam. Begitu juga dengan teori Relatifme.

Surah 91: Al-Shams
Matahari 1 – 15

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

1. Demi matahari apabila ianya menerang.
2. Bulan yang mengikutinya.
3. Siang hari yang mendedahkan.
4. Malam yang menutup.
5. Langit dan Dia yang membinakannya.
6. Bumi dan Dia yang mengekalkan.
7. Roh dan Dia yang menciptanya.
8. Lalu ditunjukinya apa yang jahat dan apa yang baik.
9. Berjayalah sesiapa yang membersihkannya.
10. Gagallah sesiapa yang tidak mempedulikannya.
11. Thamud tidak percaya lalu menjadikan mereka melampaui batasan.
12. Mereka mengikuti yang paling jahat dari kalangan mereka.
13. Rasul Allah berkata kepada mereka, “Ini adalah unta Allah;
biarkanlah dia minum.”
14. Mereka mengingkarinya dan menyembelihnya. Lalu Tuhan mereka
membalas mereka kerana dosa dosa mereka dan menghapuskan mereka.
15. Namun demikian, orang orang yang datang sesudah mereka masih tetap tidak mempedulikan.

Lebih menarik adalah orang yang beriman bahawa Bumi Mengelilingi Matahari,

1) Mereka tidak pernah keluar dari angkasa ini sehingga melihat dengan mata kepala mereka bahawa bumi sedang mengelilingi matahari

2) Mereka tidak pernah mencipta sebuah alat yang dilempar jauh ke angkasa dan alat tersebut mencerap imej bumi sedang mengelilingi matahari

3) Mereka membuat andaian semata-mata

Orang yang Beriman Dengan Sains Barat Dan Bumi Mengelilingi Matahari, sehingga kini masih tidak dapat menjawab:

Mengapa Tiada Misi ke 2 untuk mendarat ke bulan?

Dan mengapa Rusia tidak pernah menghantar Astronoid ke Bulan untuk mengikuti jejak USA?

Dan bukankah Allah mengatakan bahawa manusia tidak boleh keluar dari angkasa ini

‘Hai golongan jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya melainkan dengan kekuatan.’ (ar-Rahman:33)

Cuba kita fikirkan, bahawa pada baru2 ini sahaja manusia mendapati bahawa Makkah adalah pusat Bumi walhal Rasulullah saw telah menceritakannya 1000 tahun dahulu.

Fikirkanlah bagaimana manusia di bumi hanya baru ini sahaja mendapati Makkah sebagai pusat bumi, justeru bagimana pula mereka boleh membuat sebuah kepastian tentang Matahari yang terlalu jauh dari mereka.

1) Umat islam tidak pernah menaruh harap kepada PBB.
2) Umat Islam mengetahui bahawa PBB adalah hujung Tangan Iluminatif untuk menguasai Dunia.
3) Umat Islam tahu bahawa percobaan PBB untuk ditubuhkan kali pertama telah ditolak oleh dunia. Hanyasaja setelah perang dunia ke 2, baharulah PBB terbentuk.
4) Umat Islam mengerti bahawa perang dunia ke 2 diletuskan oleh Iluminatif

Copypaste daripada: Ulama Muda UMNO (ILMU)

Posted with WordPress for BlackBerry.

Saya percaya bahawa rakyat Malaysia majoriti nya adalah berfikiran rasional. Pada pendapat saya, rakyat pada masa ini kurang mendapat maklumat mengenai program transformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Memang benar program transformasi ini dihebahkan secara meluas di media massa tetapi apa yang kurang adalah tiada perbandingan yang dibuat ataupun tidak disertakan maklumat perbandingan diantara sebelum dan selepas program dibuat.

Sebagai contoh yang mudah ialah pihak PDRM telah telah menyediakan bilik khas (bilik Triaj) untuk mangsa yang ingin membuat laporan berkenaan kes rogol atau penderaan seksual. Program ini amat baik dan telah diterima oleh seluruh masyarakat sebagai satu transformasi yang baik. Pada pendapat saya, perlu juga dijelaskan bagaimana mangsa ini dilayan sebelum bilik khas ini disediakan. Sebelum dan selepas transformasi dibuat.

Ini juga dapat diaplikasikan (penerangan sebelum dan selepas) untuk Akta Perhimpunan Aman 2011. Pihak berkenaan haruslah membuat ringkasan perbezaan sebelum akta ini ada. Jika sebelum ini apa yang tidak boleh dan sekarang dengan akta baru ini apa yang dibolehkan. Apakah perbezaan yang ketara. Perbandingan haruslah dibuat dengan bahasa yang mudah agar semua rakyat dapat faham.

Langkah pro aktif harus juga diambil oleh kementerian dan ajensi kerajaan yang lain untuk membuat perbandingan, sebelum dan selepas, program transformasi dibuat. Rakyat akan lebih faham dan dapat membuat perbandingan sendiri jika semua maklumat ini diberikan. Ini juga akan dapat mengelakkan program – program transformasi ini daripada di ‘spin’ oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Pada masa ini banyak program yang baik untuk rakyat, yang dilaksanakan oleh kerajaan, telah di ‘spin’ oleh pihak – pihak tertentu. Dengan dibuat perbezaan sebelum dan selepas, dapat menutup ruang untuk pihak – pihak ini memutar belitkan program tersebut. Ini kerana rakyat dapat menggunakan akal fikiran untuk membaca, mendengar dan melihat dengan jelas apa yang di ‘transform’ kan atau apa perubahan yang dibuat berdasarkan perbandingan sebelum dan selepas yang telah dibuat.

Saya masih percaya bahawa majoriti rakyat Malaysia adalah rasional dan masih lagi dapat berfikir dengan waras.

Asrul Muniff Azizan
Presiden
Pertubuhan Anak Muda Melayu Malaysia

Posted with WordPress for BlackBerry.

No Comment, tuan2 & puan2 nilai kan sendiri la… Ni antara orang yang terpelajar dlm parti tersebut, kalau yg suam2 kuku tu, agak2 mcm mana la nanti…

Posted with WordPress for BlackBerry.

Mudah

Posted: 29/09/2011 in Umum (General Interest)

“Sesungguhnya termasuk hal yang sangat MUDAH sekali bagi kamu adalah menerapkan hukum dengan apa-apa yang Allah turunkan dalam hal aqidah, ibadah, akhlak dalam hal mendidik anak-anak di rumah, dalam hal jual beli.

Sementara itu, termasuk hal yang sangat SUKAR sekali adalah kamu memaksakan atau menyingkirkan penguasa yang dalam kebanyakan hukum-hukumnya berhukum dengan selain apa-apa yang Allah turunkan. Maka mengapa kamu meninggalkan hal yang MUDAH dan mengerjakan hal yang SUKAR?

Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani rahimahullah

Posted with WordPress for BlackBerry.